Blog

CARA-CARA MEMBELI DAN MUAT TURUN

Assalamualaikum dan hai.

Disebabkan website kami baru lagi. Okay mari mulakan cara-cara nak membeli dan memuat turun fail dari website iugwbm.com. Memuat turun pola percuma juga sama seperti langkah di bawah.

Cara-caranya:

 

 

  1. Register  dahulu email anda. Lengkapkan juga nama penuh, alamat, nombor telefon dan email. “Kenapa nak isi semua data ni? ” “pola download sendirikan?”. Soalan ini yang kerap kami terima. Sebabnya ini ada default dari website ini sendiri. Harap anda memahami dan boleh isikan data peribadi anda sebelum membeli pola ye.
  2. Pilih pola yang ada ingin beli di website.
  3. Pilih saiz pada butang ‘options’ jika ada variasi pilihan.
  4. Klik ‘add cart’
  5. Klik ‘view cart’

  

6. Jika kami ada buat sale. Kupon kod akan di berikan di dalam FB group kami. Jika kupon tiada, Anda boleh langkau cara 6 ini.

7. Seterusnya sila klik butang ‘proceed’

8. Langkau cara ke 8 jika tiada kupon kod.

9. Langkau juga cara ke-9.

10. Sila lihat gambar – Cara ini adalah untuk membuat bayaran ke atas pola yang anda pilih tadi. Ini adalah direct payment ke akaun kami. Cara yang sama seperti anda shopping di lazada, shopee, nile and etc.

11. Klik ‘proceed billplz’ untuk meneruskan bayaran anda.

12. Kemudian web akan paparkan senarai bank. Pilih bank anda sendiri. Kemudian seperti biasa masukkan username & password akaun bank anda.

13. Selepas bayaran dah di terima. Sila kembali ke website. Sila lihat gambar, untuk muat turun fail pola yang anda beli tadi. Selalunya anda boleh semak fail di email dan juga di ‘my account’ website kami. Jika anda mahu muat turun fail di website, pastikan anda mendaftar. Jika tidak, kami tidak akan bertanggungjawab untuk semak untuk anda dan tiada duit yang akan di kembalikan.

14. Jika mahu muat turun di email. Anda di ingatkan, bagi pertama kali menggunakan atau membeli pola dari kami, Sila semak fail ‘SPAM’ anda ATAU boleh semak di semua ‘tab’ yang ada di email anda. Jika anda sudah biasa membeli pola secara atas talian, anda tiada masalah untuk mencari fail pola di email anda.

15. Jika pola sudah ada di email, sila klik ‘download’. Jika fail kami dalam bentuk ‘zip file’. Anda perlulah menggunakan aplikasi ‘ZIP” boleh muat turn aplikasi ‘zip’ di sini. (hanya untuk pelanggan desktop sahaja)

16. Gambar ke-3 menunjuk fail zip di komputer kami, klik 2 kali untuk masuk ke dalam fail ‘zip’ ini. Kami sarankan anda ‘copy and paste’ fail tersebut.

 

Mudahkan! lebih mudah jika anda selalu shopping online dari website ^_^ ^_^

 

– TAMAT –