Cart

Sama ada perbelanjaan dengan bajet bulanan, mahupun aliran tunai perniagaan kecil-kecilan. Uruskannya dengan lebih teratur dengan dompet inovasi IVY. Lakukannya sendiri dan boleh dijadikan sebagai dompet, masukkan ke beg membeli belah dan bawa ke mana saja anda pergi.

Dompet praktikal ini adalah projek pendek menggunakan apa-apa saja fabrik dengan keluasan fat-quarter. Ia boleh disiapkan dalam tempoh kurang 3 jam, bergantung kepada kepakaran jahitan masing-masing. Jangan risau jika merasakan bucu melengkung pada dompet adalah cabarannya. Ada disediakan alat pelengkung bucu dengan 3 saiz jejari berbeza yang disertakan di dalam tutorial. Cetaklah!

Rasa kurang berkenan dengan versi menegak? Dengan pembelian tutorial ini, pola dompet dengan versi melintang adalah percuma. Jangan ragu-ragu untuk mencuba ya.

Bahan Yang Diperlukan

  1. Satu fat quarter lebar 44″ – kain luar
  2. Satu fat quarter lebar 44″ – kain dalam (belacu)
  3. 3/4 ela kain lapik bergam (CS 5530)
  4. 1/2″ butang besi snap
  5. 1/2 ela tali cotton
  6. Satu helai A4 plastic untuk label tab
  7. Satu ½” D-ring dan ½” lobster hook (tidak diwajibkan)
  8. Gam fabrik

Ukuran Produk Siap

Tinggi 6″ x Lebar 3 ½” x Kedalaman 1 ½”

Tahap Kemahiran Jahitan

Bagi yang baru mula belajar menjahit, anda digalakkan untuk menjahit projek ini. Ia hanya memerlukan jahitan garis lurus dan sedikit fokus pada beberapa langkah untuk menjahit IVY dengan kemas.

Muat Turun Segera

Pola (cetak sendiri) ini boleh dimuat turun segera sebaik sahaja pembayaran anda selesai diproses. Pautan muat turun akan dihantar ke e-mel yang digunakan semasa membuat pembelian anda. Semak folder spam / junk anda jika anda mesej pautan tiada dalam peti masuk anda.

Jahit & Jual

Produk IVY yang siap dibuat boleh dijual di kedai online anda sendiri, butik tempatan, pameran kraf, dan lain-lain. Pengeluaran berskala kecil sahaja. Pengeluaran secara besar-besaran adalah dilarang sama sekali. Sila berikan kredit rekaan kepada dr.mizahdothis dalam bentuk keterangan tertulis.

Polisi

Pola TIDAK boleh diterbitkan semula, dikongsi atau diedarkan tanpa kebenaran.

Add your review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Reviews

There are no reviews yet.

General Inquiries

There are no inquiries yet.

Shopping Cart 0

No products in the cart.