Blog

Tutorial BEANIE

Jom kita jahit BEANIE dan sedekahkan kepada pesakit kanser.

#projektamakpahala #beanieforcancerkids berlasung sepanjang Mac 2019 sehingga 6 April 2019.

Pola ini sesuai untuk digunakan dengan kain jenis Cotton Lycra/Cotton Spandex.

Terdapat 8 saiz bermula dari bayi sehingga dewasa.

Pola sudah termasuk basi 1/4″

Maklumat lanjut boleh didapati di kumpulan Facebook:

Sewing with IU/GWBM

Untuk saiz bayi sehingga 9 tahun, hanya perlu cetak mukasurat SATU sahaja.
Untuk saiz 10 tahun sehingga dewasa, cetak mukasurat SATU dan DUA.
Lipat kain mengikut ira sebanyak 2x.
Kemudian lipat ke atas sekali.
Letakkan pola seperti dalam gambar. Panjang beanie adalah mengikut ira kain.
Setelah siap dipotong.
Buka lipatan kain dan akan dapat seperti ini. DUA keping.
Di bahagian yang ditandakan dengan pen kapur pink, tandakan ‘lubang’ sepanjang 2″.
Jahitkan di sekeliling BEANIE kecuali bahagian berbentuk V dan tanda 2″ tadi.

Mulakan jahitan dari tanda yang bawah. Terus mengelilingi BEANIE.
Bahagian berbentuk V tidak perlu dijahit.
Setelah dijahit keliling.
Di bahagian V tadi, pisahkan kain depan dan belakang agar bahagian V menjadi LURUS.
Samakan bentuk V dan pinkan.
Samakan bahagian cantuman kain atas dan bawah.
Jahit cantum.
Setelah dijahit bahagian V.
Sekarang BEANIE akan kelihatan seperti ini.
Melalui bukaan ‘lubang’ 2″ tadi, terbalikkan BEANIE supaya kain bercorak berada di luar.
Setelah diterbalikkan.
Bukaan ‘lubang’ tadi perlu ditutup.
Boleh jahit dengan tangan atau jahit dengan mesin lurus.
Bahagian yang ada bukaan tadi, masukkan ke dalam seperti dalam gambar.
Bahagian berbentuk V bertemu V.
Setelah dimasukkan kemas.
BEANIE yng telah siap.
Pandangan hadapan.
Pandangan sisi.
Pandangan belakang.

Pola BEANIE boleh dimuat turun dari
https://iugwbm.com/product/beanie/ .

TUTORIAL SAMPING

sediakan pola. Pola dalam bentuk PDF digital. Dari saiz 6m hingga 14T

potong kain dalam lipatan. Trace balik garisan pada pola ke kain
Garisan ini, transfer ke kain
Jahit sisi samping ini.
Jahit sisi & jahit juga garisan yang ditandakan tadi.
Samakan Jahitan sisi dengan tengah. Menjadikan samping pleated di tengah.
Pandangan dalam
Sediakan getah pinggang. Lilitan pinggang pemakai tolak 3″ untuk dapatkan ukuran panjang getah.
Tandakan 4 bahagian kain dan juga 4 bahagian getah pinggang dan pinkan
Tukar jarak jahitan anda pada nombor yang paling besar di mesin jahit anda. Jahitan kasar pada getah & kain dahulu
Semasa hendak menjahit. Regangkan getah, supaya semua bahagian dapat elastik getah tersebut.
Siap jahitan kasar pada getah pinggang.
Masukkan kelim kedalam, dan pinkan.
Jarak kelim pinggang adalah 1″. Kemudian bolehlah jahit tindih atas getah bersama kain. Regangkan kain getah semasa proses menjahit grtah.
Siap jahit pinggang. Bolehlah meneruskan jahit kelim bawah samping.
BRAVO!! Siap menjahit samping. Semudah ABC

CARA-CARA MEMBELI DAN MUAT TURUN

Assalamualaikum dan hai.

Disebabkan website kami baru lagi. Okay mari mulakan cara-cara nak membeli dan memuat turun fail dari website iugwbm.com. Memuat turun pola percuma juga sama seperti langkah di bawah.

Cara-caranya:

 

 

  1. Register  dahulu email anda. Lengkapkan juga nama penuh, alamat, nombor telefon dan email. “Kenapa nak isi semua data ni? ” “pola download sendirikan?”. Soalan ini yang kerap kami terima. Sebabnya ini ada default dari website ini sendiri. Harap anda memahami dan boleh isikan data peribadi anda sebelum membeli pola ye.
  2. Pilih pola yang ada ingin beli di website.
  3. Pilih saiz pada butang ‘options’ jika ada variasi pilihan.
  4. Klik ‘add cart’
  5. Klik ‘view cart’

  

6. Jika kami ada buat sale. Kupon kod akan di berikan di dalam FB group kami. Jika kupon tiada, Anda boleh langkau cara 6 ini.

7. Seterusnya sila klik butang ‘proceed’

8. Langkau cara ke 8 jika tiada kupon kod.

9. Langkau juga cara ke-9.

10. Sila lihat gambar – Cara ini adalah untuk membuat bayaran ke atas pola yang anda pilih tadi. Ini adalah direct payment ke akaun kami. Cara yang sama seperti anda shopping di lazada, shopee, nile and etc.

11. Klik ‘proceed billplz’ untuk meneruskan bayaran anda.

12. Kemudian web akan paparkan senarai bank. Pilih bank anda sendiri. Kemudian seperti biasa masukkan username & password akaun bank anda.

13. Selepas bayaran dah di terima. Sila kembali ke website. Sila lihat gambar, untuk muat turun fail pola yang anda beli tadi. Selalunya anda boleh semak fail di email dan juga di ‘my account’ website kami. Jika anda mahu muat turun fail di website, pastikan anda mendaftar. Jika tidak, kami tidak akan bertanggungjawab untuk semak untuk anda dan tiada duit yang akan di kembalikan.

14. Jika mahu muat turun di email. Anda di ingatkan, bagi pertama kali menggunakan atau membeli pola dari kami, Sila semak fail ‘SPAM’ anda ATAU boleh semak di semua ‘tab’ yang ada di email anda. Jika anda sudah biasa membeli pola secara atas talian, anda tiada masalah untuk mencari fail pola di email anda.

15. Jika pola sudah ada di email, sila klik ‘download’. Jika fail kami dalam bentuk ‘zip file’. Anda perlulah menggunakan aplikasi ‘ZIP” boleh muat turn aplikasi ‘zip’ di sini. (hanya untuk pelanggan desktop sahaja)

16. Gambar ke-3 menunjuk fail zip di komputer kami, klik 2 kali untuk masuk ke dalam fail ‘zip’ ini. Kami sarankan anda ‘copy and paste’ fail tersebut.

 

Mudahkan! lebih mudah jika anda selalu shopping online dari website ^_^ ^_^

 

– TAMAT –